27 June 2011

tears

aduhai
pagipagi lagi aku dah meleleh air mata
takde sape kot paham perasaan aku nie
ketika ini laar aku rasa diri aku nie macam bodo
macam2 aku buat untuk tenangkan hati aku nie
tapi rasanya sume tue tak mujarab
aku still melelehkan air mata
tapi aku ade dapat 1 petikan nie dari blog member aku 
caracara untuk mengawal perasaan meleleh aku nie

1- ANGGAP DIA TAK PENAH WUJUD
berhenti anggap dia milik anda ! si dia juga tak sempurna . mungkin bila tiba satu tahap, tak mustahil hubungan kembali terjalin apabila terkena pada pujuk rayunya . padahal pada hakikatnya, hati anda masih sakit dgn setiap perbuatan si dia. 

2- TUTUP BUKU
pastikan anda menutup serapat rapatnya perkara yang pernah anda dan si dia pernah lakukan jika anda benar2 berazam untuk melupakan si dia. haruslah anda ingati anda benar2 mahu melupakan dirinya. apabila anda sudah menemui yang baru, pastikan anda tidak sesekali membuka buka lama kerana akhirnya hubungan baru anda mungkin terjejas. 

3- JANGAN HUBUNGINYA LAGY
serius ! jgan sesekali gatal tangan kaki dan sebagainya hubunginya semula . kalau boleh . . . jgn KENALI dirinya lagi . tak dinafikan cukup sukar utk berbuat demikian . tapi , kuatkanla semangat . padamkan segala hal mengenai dirinya . nombor telefon padam . gambar padam . sms padam . segalanya pdam ! kalau tak mampu, mintalah bantuan rakan atau sesiapa untuk berbuat demikian . mungkin bagi anda yang berbuat begini, pasti anda seorang yang lemah semangat . so, be strong! =)

4- SIBUKKAN DIRI
tanpa si dia, macam2 benda anda boleh lakukan . sibukkan lah diri dgn apa2 aktiviti yang anda gemari . bersukan boleh, bershopping boleh, macam2 boleh. namun ! jgn sibukkan diri dgn MAKAN . padahnya diri sendiri jugak yang tanggung nanti

5- LUPAKAN SEMUANYA
bunyinya seperti agak keras n menakutkan namun anda perlu mempunyai hati kering untuk melakukannya. membuan semua memori sebenarnya agak sukar kerana ia berkait rapat dengan haty n perasaan namun tanyalah pada diri sendiri, sampai bila anda harus berkadaan seperti itu. mengapa anda harus menderita kerananya yang mungkin sudah punya kekasih baru saat anda merana mengenangkannya. belajarlah menjadi seorang yg kuat. bukan pada tubuh badan tetapi haty juga.

6- JAUHI KAWAN2 NYA
jika anda serius mahu melupakannya, anda perlukan pengorbanan. mungkin agak sukar tetapi ia sangat baik untuk diri anda sendiri. antara yg harus anda lakukan ialah jauhi kawan2 nya. jangan sesekali bertanya khabar tentang dirinya kerana anda akan mahu ambil tahu banyak perkara. anda perlu jauhi tempat2 yg biasa anda pergi bersamanya.

7- JANGAN AMBIL BARANG2
apabila anda sudah maju ke hadapan, jangan sesekali toleh ke belakang lagi. apabila anda mula menoleh, anda akan mengingati lagy kenangan bersamanya n akan berpatah balik. apa saja barangan yg pernah anda berikan kepadanya, jangan sesekali ambil kerana ia akan mengingatkan lagy anda kepadanya. lebih membuatkan saket haty jika barang2 yg anda beri tuh mahal harganya yg membuatkan poket anda rabak utk beli untk dia.


8- KELUAR BERSAMA KAWAN2
kenangan sering kali membuatkan kita terbuai2 dengan perasaan. apabila kenangan datang menjelma, sudah tentu kite tidak akan berasa sangat kuat untuk menghadapinya. justeru itu, keluarlah bersama kawan2 anda. habiskan banyak masa bersama mereka. ia satu terapi yang paling baik untuk anda melupakan tentang dirinya.

9- PERGI BERSUKAN
bersukan mampu membuatkan tubuh badan lebih sihat selain dpat membuatkan seseorang berasa keletihan. jadi pergilah keluar bersukan kerana anda akan mudah tertidur pada malam harinya n anda tidak punya banyak masa berangan lagi tentang bekas kekasih.

10- SELALULAH INGATI BURUK TETANGNYA
cinta itu indh apabila anda selalu mengenangkan kemanisannya. namun kalau haty sudah saket,semuanya akan jady benci. satu perkara yang harus anda lakukan ialah mengingati sesuatu yg buruk pernah terjadi antara anda n dia. anggap saja ia perkara yang menyakitkan haty n membuatkan anda benci pada dirinya. jangan sesekali mengenang kemanisan, nanti anda juga yang saket menanggung rindu.

11- MENANGIS LAH KAWANKU
tak salah kite nanges. menangis lah jika itu mampu buat anda tenang. air mata bukan melambangkan kekalahan tapi kite kene luahkan ape yang kite rasa. toilet is the best port.

No comments: